Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

26 April 2011

Poco-Poco Dan Masyarakat Kita



POCO-POCO DAN MASYARAKAT KITA
[Isu Semasa]
maktabah-ilmu.blogspot.com

Setelah berlalunya isu akad nikah di masjid yang dikatakan menyerupai agama lain, kini timbul isu baru yang berkisar mengenai khilaf di kalangan ulama’-ulama’ Malaysia sendiri, iaitu mengenai tarian poco-poco. Maka, di sini ingin saya membawa pembaca melihat beberapa perkara yang berkaitan dengan tarian ini. Kita tidak boleh hanya menutup sebelah mata akan isu ini kerana ianya bercampur aduk dalam kehidupan kita secara tidak langsung.

Gambar Hiasan

23 March 2011

Salahkah Akad Nikah Di Masjid?



SALAHKAH AKAD NIKAH DI MASJID?
[Isu Semasa]
maktabah-ilmu.blogspot.com

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan suatu kenyataan seorang aggota Ahli Majlis Fatwa Perlis berhubung akad nikah di masjid yang dikatakan menyerupai amalan agama Kristian dan Yahudi.  Maka, ramailah yang tertanya-tanya, betulkah kenyataan ini? Adakah dalil-dalil sahih yang menyokong kenyataan ini? Sehinggakan perkara ini telah menimbulkan kekeliruan pada pelbagai pihak.

Gambar Hiasan

20 March 2011

Nota Buat Wanita Bekerjaya



NOTA BUAT WANITA BEKERJAYA
[Isu Semasa]
maktabah-ilmu.blogspot.com

Sekarang, apabila bercakap mengenai wanita yang telah menamatkan pengajian, tak kiralah sama ada di peringkat SPM, sijil, Diploma, Ijazah atau sebagainya, perkara utama yang dibincangkan ialah semestinya pekerjaan. Apakah kerja yang sesuai dengan kelulusan yang ada? Adakah gaji yang diterima berbaloi dengan penat lelah, usaha dan wang dikeluarkan hanya untuk mendapatkan sekeping sijil?

Baru-baru ini saya telah menghadiri Kuliah Dalam Cuti di IPG Perlis. Dalam suatu kelas yang saya hadiri, suatu topik menarik telah dibincangkan oleh pensyarah iaitu, perlukah wanita bekerja? Tak kiralah kerja itu secara sambilan atau tetap. Yang pastinya, kerja tersebut mendedahkan wanita kepada pekerjaan di luar rumah.

Gambar Hiasan

13 February 2011

Kejatuhan Mubarak: Bukti Kuasa Rakyat



KEJATUHAN MUBARAK: BUKTI KUASA RAKYAT
[Isu Semasa]
maktabah-ilmu.blogspot.com

Setelah berkuasa lebih 30 tahun di bumi Mesir, pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak akhirnya jatuh akibat desakan dan tuntutan rakyatnya agar beliau meletakkan jawatan. Pendirian teguh rakyatnya untuk berkumpul dan bersatu selama 18 hari, membuahkan kejayaan yang diingini. Tanggal 12 Februari 2011 menjadi tarikh bersejarah bagi warga Mesir dan kita sendiri secara tidak langsung.


24 December 2010

Isu Syiah: Kena Ambil Peduli



ISU SYIAH: KENA AMBIL PEDULI
[Isu Semasa]
maktabah-ilmu.blogspot.com

Baru-baru ini, berita mengenai sekumpulan berfahaman Syiah yang telah ditangkap dalam satu operasi yang dijalankan oleh pihak JAIS. Dalam operasi tersebut, seramai 200 orang pengikut Syiah di Selangor termasuk pensyarah dan penuntut institusi pendidikan tinggi telah ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu serbuan di tingkat empat sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.  Rujuk [SINI]

28 November 2010

Freemason Dan Illuminati: Bukan Agenda Menakutkan Umat Islam



FREEMASON DAN ILLUMINATI: BUKAN AGENDA MENAKUTKAN UMAT ISLAM
[Isu Semasa]
maktabah-ilmu.blogspot.com

Apabila kita menyebut tentang pendedahan-pendedahan yang mungkin mempunyai kaitan dengan pergerakan Freemason atau Illuminati ini, mesti ramai antara umat Islam akan mengetahui bahawa terdapat suatu perancangan khusus yang telah dirancang bagi menguasai pemikiran umat Islam. Hal ini dilakukan secara sedar mahupun tidak. Sesungguhnya pergerakan ini adalah suatu pergerakan yang disembunyikan. Dan Allah SWT telah memberikan peringatan kepada kita mengenai hal ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 102 bermaksud,

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.”  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...