BACA YASIIN MALAM JUMAAT: PERLUKAH?
[Bicara Agama]
maktabah-ilmu.blogspot.com
Saya pernah ditanya berkenaan bacaan yasiin pada setiap malam Jumaat. Mungkin yang bertanya ingin tahu, adakah perbuatan bacaan yasiin pada malam-malam jumaat itu dituntut dan sebahagian dari sunnah nabi. Mungkin juga beliau ingin tahu, apakah salah orang yang menjadikan bacaan yasiin malam jumaat, sebagai amalan mingguan atau kewajipan dalam amalan. Jadi pada kali ini, saya akan memberikan jawapan sekadar yang saya mampu berdasarkan dalil-dalil dan hujah yang berkaitan dengannya.
Memang tidak dinafikan, bacaan yasiin pada setiap malam Jumaat, telah menjadi adat kebiasaan bagi orang-orang Melayu, bahkan ia telah mula diamalkan sejak dari dulu lagi. Tidak sah kalau tidak dibacakan yasiin pada malam-malam Jumaat. Serba tidak lengkap. Saya pernah bertanya kepada seorang pakcik di kampung saya, “Pakcik, kenapa perlu baca surah yasiin pada malam Jumaat? Kenapa tidak dibacakan surah lain? Maksudnya, tidak ditetapkan hanya surah yasiin dibacakan pada malam Jumaat.” Kata pakcik tersebut dengan ringkas, “Dah memang dari dulu lagi orang duk baca surah yasiin, kita ikut saja la.”
 |
| Sumber: Google Search |