LAGU TERBAIK SEPANJANG TAHUN 2010
[Tinta Admin]
maktabah-ilmu.blogspot.com
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana telah memanjang usia kita dan memberi kita peluang untuk terus beribadah, mengumpul saham akhirat kita di sana kelak. Sedar tak sedar, kita telah pun melangkah ke tahun baru, tahun 2011. Setelah perginya tahun Hijrah 1431, dan datangnya 1432H pada bulan Islam yang kita sambut baru-baru ini, selepas itu perginya juga tahun 2010 Masihi.
Dalam entri admin kali ini, admin ingin berkongsi lagu yang mungkin masih bertakhta di hati ramai orang, malah diri admin sendiri, sehingga admin menobatkan lagu ini sebagai lagu terbaik sepanjang tahun 2010. Jika TV3 dengan Juara Lagunya, maka blog Maktabah Ilmu juga ingin turut serta menyatakan lagu terbaik tahun 2010.
Lagu tersebut ialah: INSYAALLAH – MAHER ZAIN
LIRIK LAGU INSYAALLAH
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astraYou’re the only one that showed me
the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way
Dalam sususan lirik lagu InsyaAllah ini,amat memberi kesan kepada admin sendiri. Dan mungkin juga ia memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa yang menghayati pada liriknya. Lirik yang menceritakan bagaimana kesusahan yang dialami setiap manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini, pasti akan melalui pahit getir kehidupan.
Di dalam kesukaran menerima ujian dan dugaan Allah tersebut, adanya ubat paling mujarab bagi mengubati hati yang luka dan lara, resah dan gelisah, iaitulah, kembali kepada Allah SWT. Setiap bencana yang berlaku, setiap musibah yang melanda, pasti ada jalan penyelesaiannya. Sebagai umat Islam, kita tidak perlu takut dan risau, kerana kita yakin, bahawa Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang sentiasa mengingatinya.
Bagi admin, amat rasa tersentuh apabila mendengarkan lirik lagu ini yang dialunkan bersama irama lagunya yang amat secocok sekali. Alangkah baiknya jika lagu-lagu sebegini diperbanyakkan di seluruh dunia amnya serta di Malaysia ini, secara khususnya.
Bagi admin, amat rasa tersentuh apabila mendengarkan lirik lagu ini yang dialunkan bersama irama lagunya yang amat secocok sekali. Alangkah baiknya jika lagu-lagu sebegini diperbanyakkan di seluruh dunia amnya serta di Malaysia ini, secara khususnya.
IRAMA, LAGU DAN VIDEO KLIP LAGU INSYAALLAH
Seperti yang disebutkan, irama dan lagunya amat sesuai sekali dibawakan oleh penyanyinya, Maher Zain. Amat tepat sekali! Iramanya yang agak perlahan dan lagu yang sesuai dipadankan dengan suara lembut Maher Zain, begitu mendapat tempat di hati admin.
Video klipnya pula, memang bagus dan ringkas. Ringkas yang sempoi. Dengan berlatar belakangkan tempat seperti sebuah gudang, penyanyi (Maher Zain) yang duduk di kerusi memerhatikan gelagat beberapa orang yang sedang dilanda musibah, yang kemudiannya, redha dan kembali mengingati Allah. Sungguh mengharukan dan teruja. Subhanallah…
LAGU TERBAIK PERNAH DIDENGAR
Sehingga waktu ini, bagi admin, inilah lagu terbaik yang pernah didengari dan diminati. Lirik yang penuh makna, lagu yang membawa emosi bersama, ditambah kelunakan suara penyanyinya, seakan-akan serba lengkap dalam sebuah lagu berbentuk dakwah dan ketuhanan. Tidak jemu-jemu mendengarnya.
Oleh itu, dalam entri ini, admin ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Maher Zain. Teruskan usaha anda dalam membawa gelombang dakwah ke arah yang lebih ‘up to date’ agar ianya sesuai dan mudah diterima setiap golongan.
Dan buat pejuang nasyid tanah air, teruskan berjuang dalam industri ini. Buatlah sesuatu yang dapat memberikan kesan kepada orang lain melalui instrumen dakwah dalam lagu ini, mengikut peredaran zaman dan masa yang terkini. insyaAllah…
TAHUN BARU 2011 DENGAN AZAM BARU
Buat diri dan semua yang membaca entri ini, marilah kita bersama-sama menjadi insan yang terbaik dari yang terbaik. Berusahalah membuat sesuatu yang mendatangkan faedah dan manfaat untuk diri dan orang lain, dengan seikhlas yang mungkin. Dengan memetik kata-kata dari majalah Solusi, “Hati yang ikhlas tidak terkesan dengan pujian dan cacian.”

No comments:
Post a Comment