17 May 2011

Usah Menangis Kerana Ketawa



USAH MENANGIS KERANA KETAWA
[Kisah Dan Tauladan]
maktabah-ilmu.blogspot.com

Suatu ketika, Rasulullah dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah SAW bersabda,

“Sekiranya kamu banyak mengingati maut, pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini.”
Gambar Hiasan

Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur berkata, 

“Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat.”

Apabila seseorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur itu akan berkata,

“Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku.”

Selepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.


Gambar Hiasan

Apabila orang yang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata,

“Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat buruk kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku.”

Selepas itu, kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan bertemu antara satu sama lain. Kemudian, tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga hari kiamat. Selepas itu Rasulullah SAW bersabda,

“Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga atau pun satu lembah daripada lembah-lembah neraka.”

Oleh itu, takutkan Allah SWT ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulullah SAW sering duduk merenung. Mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada Allah SWt. Oleh sebab itulah, Rasulullah SAW menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting lagi mendapat manfaat.

Gambar Hiasan
  
Wallahua'alam. Sekadar Perkongsian.
maktabah-ilmu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...