02 December 2010

Keputusan KPLI-SR Dan JQAF-SR Ambilan Januari 2011



KEPUTUSAN KPLI-SR & JQAF-SR 2011
[Tinta Admin]
maktabah-ilmu.blogspot.com


Kepada sesiapa yang telah selamat mengambil ujian MTesT (Malaysian Teacher Test) pada 13 November 2010, boleh menyemak keputusan MTesT anda dengan klik pada link di bawah. 


Anda boleh klik pada 'link' ini untuk semakan: [Link Semakan]


Pada yang berjaya dalam ujian ini, anda akan dipanggil untuk temuduga KPLI-SR & JQAF-SR bagi ambilan Januari pada 13 hingga 24 Disember 2010. 

Calon yang berjaya dipanggil untuk temuduga perlu membawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi.

Tahniah kepada yang berjaya, dan semoga berjaya juga dalam temuduga nanti. Dan kepada yang kurang berjaya, mungkin bukan rezeki untuk kali ini, dan cuba lagi untuk masa-masa akan datang.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi Permohonan KPLI SR dan JQAF SR Ambilan Januari 2011. Ini untuk peringatan jikalau kemungkinan terlupa tarikh tersebut.


10 Oktober 2010. Iklan permohonan KPLI Ambilan Januari 2011 telah pun dibuka
11 Oktober 2010. Permohonan dibuka (Permohonan dibuat secara online). Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
24 Oktober 2010. Permohonan ditutup.
08 November 2010. Semakan online nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST.
13 November. Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian)
3 Disember 2010. Semakan online nama calon berjaya dipanggil temu duga. (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet).
13 - 24 Disember 2010. Temu duga KPLI Ambilan Januari 2011.
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi).
17 Januari 2011. Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG). (Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG).
24 Januari 2011. Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru. (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar).
Dan kepada yang telah selamat menghadiri sesi temuduga KPLI-jQaf, keputusan temuduga tersebut telah pun dikeluarkan oleh pihak KPM.
Link semakan keputusan temuduga KPLI-jQaf 2011.



Terima Kasih. 
maktabah-ilmu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...