Assalamualaikum wbt…
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya maka dapat saya merealisasikan hasrat untuk berkomunikasi dengan sahabat-sahabat menerusi blog. Ini adalah satu satu wadah perjuangan saya dan sahabat-sahabat untuk sama-sama memartabatkan agama Islam menerusi penggunaan kemudahan kemodenan kini.
Untuk pengetahuan sahabat, sebelum ini saya telah mempunyai sebuah blog iaitu Hati Perantau. Namun disebabkan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa menghasilkan sebuah lagi blog yang berlatarkan perkongsian ilmu, maka terbinalah blog ini.
Blog Hati Perantau tidak akan dibuang setakat masa ini kerana masih banyak yang boleh dikongsi di situ, akan tetapi, saya tidak akan mengemaskini blog tersebut lagi. Kini, saya akan berusaha memberikan yang terbaik melalui blog ini. InsyaAllah...

Pada sahabat-sahabat, sudilah kiranya untuk menyumbangkan sedikit komen membina, atau memberikan secebis ilmu pengetahuan, untuk kita kongsi bersama-sama, InsyaAllah…
Semoga dengan usaha kita yang terlalu kecil dalam menjulang agama Allah di muka bumi ini, Allah akan selalu bersama kita dan memberkati perjuangan ini. Segala yang baik itu datang dari Allah swt dan yang kurang enak dipandang mata hati itu, datangnya dari kedhoifan diri saya sendiri.
Sekian, terima kasih.
Administrator
maktabah-ilmu.blogspot.com
0100
12 Oktober 2010
Kampung Kok Klang Perlis
No comments:
Post a Comment